IZR GROUP TRADING SDN BHD lahir daripada keinginan untuk membawa perubahan dan membantu wanita merasai keyakinan sebenar dalam kulit mereka sendiri.

Diasaskan pada tahun 2019 dan didaftarkan secara rasmi pada 2020, perjalanan kami bermula secara sederhana dengan hanya lima orang di pejabat kecil di Sungai Besar Central, menawarkan satu produk utama—krim pencerah ketiak Masheface Bright Expert.

Bertitik tolak dari satu produk, kami mengorak langkah merangka misi lebih besar iaitu mengembalikan rasa yakin dan keselesaan dalam diri wanita.

Lanjutan daripada itu, IZR GROUP terus berkembang pesat dengan pasukan yang komited di ibu pejabat yang lebih kondusif. Diteruskan lagi dengan pertambahan rangkaian produk dengan formulasi yang disesuaikan demi memenuhi keperluan pelanggan.

Setiap langkah yang kami ambil mencerminkan komitmen untuk memberikan yang terbaik, dengan terus memahami dan menghargai setiap pelanggan.

Fokus pendekatan kami ialah e-dagang (e-commerce), memungkinkan hubungan secara terus antara pengguna dan jenama. Tidak lain dan tidak bukan demi memenuhi kepentingan pengguna dengan mudah dan pantas.

Lebih daripada 80% jualan kami datang dari platform dalam talian, membolehkan kami menjaga kualiti dan memberikan pengalaman pelanggan yang lancar dan menyenangkan.

Kami juga berbangga menjadi jenama yang berdikari menjadikan produk kami mudah diakses oleh semua.

Visi Kami

Dengan menetapkan visi menjadi peneraju dalam industri penjagaan kulit khusus, IZR GROUP menyediakan penyelesaian yang bukan sahaja efektif tetapi juga membawa perubahan positif dalam kehidupan wanita.

“Setiap Wanita Berhak Yakin dan Selesa dengan Kulit Mereka.”

Dengan kepercayaan itu, kami bersama-sama wanita yang berdepan dengan cabaran kulit di kawasan sensitif.

Dengan pendekatan yang penuh perhatian dan teliti, kami ingin menjadi jenama yang dipercayai dan dikenali kerana keberkesanan dan keikhlasan dalam membantu pelanggan kami.

Misi Kami

Demi mencapai visi, kami merangka misi yang jelas iaitu menghasilkan produk penjagaan kulit yang selamat dan berkualiti. Semestinya, telah mengambil kira keperluan unik setiap wanita.

Kami percaya bahan semula jadi perlu digabungkan dengan teknologi moden untuk meningkatkan keberkesanan tanpa mengabaikan keselamatan produk.

Pendekatan kami berpaksikan pelanggan; kami mendengar, memahami dan bertindak sesuai dengan maklum balas yang diterima. Kami komited kepada kelestarian, memastikan bahawa setiap langkah yang diambil mengambil kira faktor persekitaran dan kesan jangka masa panjang.

IZR GROUP bukan sekadar jenama kecantikan. Kami adalah rakan yang setia dalam perjalanan keyakinan dan kecantikan anda, dengan janji untuk memberikan produk yang bukan sahaja merawat, tetapi juga memupuk keyakinan diri.

Kami di sini untuk menyokong dan membantu anda menjalani kehidupan dengan lebih yakin, selesa, dan bahagia.

Tuan Izrol Ikbal

Pengasas & CEO IZR Group Trading Sdn Bhd